Monday, May 2, 2011

nota keanjalan permintaan (bab 3)

BAB 3

KEANJALAN PERMINTAAN

ISIKANDUNGAN

3.1 PENGENALAN
3.2 KEANJALAN PERMINTAAN HARGA
3.3 KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN
3.4 KEANJALAN PERMINTAAN SILANG
3.5 PENENTU-PENENTU KEANJALAN PERMINTAAN




































KEANJALAN PERMINTAAN

ISIKANDUNGAN

3.1 PENGENALAN

Ia adalah kadar perubahan kuantiti yang diminta akibat perubahan di dalam harga barang itu sendiri, pendapatan pengguna atau harga barang lain

3.2 KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

1. Ia adalah peratus perubahan di dalam kuantiti yang diminta akibat peratus perubahan harga barang itu sendiri.
2. formula keanjalan permintaan harga (Ed) = % perubahan kuantiti diminta
% perubahan harga
= Q2 –Q1 X P1
Q1 P2 – P1
Dimana: Q1 = kuantiti asal
Q2 = kuantiti baru
P1 = harga asal
P2 = harga baru

3. Darjah-darjah keanjalan ialah:

Jenis keanjalan Graf Sifatnya
Anjal -Nilai keanjalan adalah diantara 0 – 0.9999
-Anjal bermakna % perubahan di dalam kuantiti diminta adalah lebih besar daripada % perubahan dalam harga
-Graf mempunyai kecerunan yang lebih landai

Tidak Anjal -Nilai keanjalan adalah negative
-tidak anjal bermakna % perubahan kuantiti diminta adalah lebih kecil daripada % perubahan dalam harga
-graf mempunyai kecerunan yang cerun


Anjal Satu -nilai keanjalan ialah = 1
-anjal satu bermakna % perubahan di dalam kuantiti adalah sama dengan % perubahan dalam harga
-graf berbentuk hiperbola tepat

Anjal Sempurna -nilai keanjalan ialah infiniti
-anjal sempurna bermakna pengguna akan membeli pada kuantiti yang infiniti pada tingkat harga P
-tetapi pengguna tidak akan membeli sekiranya harga lebih daripada tingkat harga P

Tidak Anjal Sempurna -nilai keanjalan ialah 0
-Tidak anjal sempurna bermakna perubahan harga yang berlaku pada sesuatu barang tidak akan mempengaruhi kuantiti yang diminta
-graf berbentuk satu garis tegak selari dengan paksi tegak

3.3 KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN


1. Ia adalah peratus perubahan di dalam kuantiti yang diminta akibat peratus perubahan tingkat pendapatan.
2. formula keanjalan pendapatan (Ed) = % perubahan kuantiti diminta
% perubahan pendapatan
= Q2 –Q1 X Y1
Q1 Y2 – Y1
Dimana: Q1 = kuantiti asal
Q2 = kuantiti baru
P1 = pendapatan asal
P2 = pendapatan baru




3. Jenis keanjalan pendapatan ialah:

Jenis keanjalan Sifatnya
Barangan biasa (cthnya baju, kasut) -Nilai keanjalan mestilah positif
-ia bermakna kuantiti yang diminta akan bertambah apabila pendapatan bertambah

Barangan Bawahan (beras hancur, pakaian terpakaian) -Nilai keanjalan adalah negative
-ia bermakna kuantiti yang diminta akan berkurangan apabila pendapatan pengguna meningkat
Barangan Mesti (cthnya beras, ikan, sayur) -nilai keanjalan ialah = 0
-ia bermakna kuantiti yang diminta tidak dipengaruhi oleh pendapatan

Barangan mewah (cthnya perabot yang bertahtakan emas) -nilai keanjalan ialah lebih daripada 1
-ia bermakna seseorang akan berbelanja besar apabila pendapatan meningkat

3.4 KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

1. Ia adalah peratus perubahan di dalam kuantiti yang diminta akibat peratus perubahan harga barangan lain.
2. formula keanjalan permintaan silang (Ed) = % perubahan kuantiti barangA
% perubahan harga barangB
= QA2 –QA1 X YB1
QA1 YB2 – YB1
Dimana: QA1 = kuantiti asal
QA2 = kuantiti baru
PB1 = pendapatan asal
PB2 = pendapatan baru

3. Jenis keanjalan silang ialah:

Jenis keanjalan Sifatnya
Barangan pengenap (cthnya kereta dan petrol) -Nilai keanjalan mestilah negarif
-ia bermakna permintaan sesuatu barang akan berubah kearah yang bertentangan dengan harga barangan pengenap yang lain

Barangan penganti (cthnya kopi dan teh ) -Nilai keanjalan adalah positif
-ia bermakna permintaan sesuatu barang akan berubah kearah yang sama dengan harga barang pengantinya
Barangan tidak berkaitan (cthnya kasut dan kereta) -nilai keanjalan ialah = 0
-ia bermakna permintaan sesuatu barang tidak berkaitan dengan harga barang lain
3.5 PENENTU-PENENTU KEANJALAN PERMINTAAN

1. Bilangan kegunaan sesuatu barang

Sekiranya kegunaan itu mempunyai banyak kegunaan maka permintaan adalah lebih anjal berbanding dengan barang yang mempunyai terhad kegunaan.
Cthnya bekalan elektrik yang mempunyai banyak kegunaan

2. jangkamasa

permintaan sesuatu barang adalah bersifat kurang anjal dalam jangka pendek kerana barang penganti adalah sukar dicari dalam masa yang singkat

oleh yang demikian, pengguna akan tetap membeli barang tersebut walaupun harga naik sehingga dapat mencari penganti untuk barangan tersebut.

3. keperluan sesuatu barang

permintaan adalah tidak anjal bagi barang mesti kerana pengguna tetap akan membeli dalam kuantiti yang sama walaupun harga meningkat

permintaan adalah anjal bagi barang bukan keperluan kerana apabila harga barang meningkat, pengguna tidak akan membeli barang tersebut

4. tabiat pengguna

sekiranya sesuatu barang itu mempunyai tabiat penggunaan yang tinggi (rokok) maka permintaannya tidak anjal kerana mereka sudah ketagih dan tetap akan membeli walaupun harga barangan tersebut meningkat.

2 comments:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Jackson County
    Harrah's Cherokee Casino & Hotel features 경산 출장안마 full-service spa, 24 속초 출장샵 hour front desk, 서산 출장샵 and a casino. Guests can enjoy nightly entertainment at 제주 출장안마 Harrah's Cherokee 충주 출장안마 Casino

    ReplyDelete