Thursday, October 28, 2010

nota pengenalan kepada ekonomi (BAB 1)


BAB 1

PENGENALAN

ISIKANDUNGAN
           
1.1              PENGENALAN
1.2              BIDANG EKONOMI
1.2.1        MIKROEKONOMI
1.2.2        MAKROEKONOMI
1.3              ISTILAH FAKTOR PENGELUARAN
1.3.1        SUMBER ASLI
1.3.2        MODAL
1.3.3        TENAGA BURUH
1.3.4        PENGUSAHA
1.4              KONSEP ASAS EKONOMI
1.4.1        KEKURANGAN
1.4.2        PILIHAN
1.4.3        KOS MELEPAS
1.5              MASALAH ASAS EKONOMI
1.5.1        APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
1.5.2        BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
1.5.3        BERAPA BANYAK HENDAK DIKELUARKAN
1.5.4        UNTUK SIAPA HENDAK DIKELUARKAN
1.6              KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
1.6.1        DEFINASI KKP
1.6.2        ANDAIAN BAGI PEMBENTUKAN KKP
1.6.3        JENIS-JENIS KKP
1.6.4        RUANG LINGKUP KKP
1.6.5        PERGERAKAN KKP
1.7              SISTEM EKONOMI
1.7.1        SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
1.7.2        SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
1.7.3        SISTEM EKONOMI CAMPURAN
1.7.4        SISTEM EKONOMI ISLAM











1.1              PENGENALAN
1.                  Ilmu ekonomi adalah satu bidang sains social yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat membuat pilihan yang paling cekap dalam menggunakan factor-faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan maksimum masyarakat secara keseluruhannya.
2.                  oleh yang demikian, masalah yang sering berlaku di dalam ekonomi ialah
i.                    kehendak manusia adalah tidak terhad
ii.                  factor pengeluaran adalah terhad

1.2              BIDANG EKONOMI
1.2.1        MIKROEKONOMI
1.                  Ia adalah bidang kajian yang mengkaji kelakuan individu, isirumah dan firma secara tersendiri tentang apa barang yang hendak dikeluarkan, berapa banyak dan bagaimana hendak dikeluarkan
2.                  terdapat 3 teori dalam ekonomi iaitu teori harga, teori pengeluaran dan teori agihan.

1.2.2        MAKROEKONOMI
1.                  Ia adalah bidang kajian ysng menerangkan kegiatan ekonomi secara keseluruhan seperti mengkaji factor-faktor ekonomi yang menentukan tingkat pendapatan, penggunaan, tabungan, pelaburan dan gunatenaga sesebuah Negara.

1.3              ISTILAH FAKTOR PENGELUARAN
1.3.1        SUMBER ASLI
Sumber asli terbahagi kepada 2 iaitu didarat (seperti tanah, hutan, balak dsbnya) dan dilaut (seperti ikan, minyak, galian)

1.3.2        MODAL
Ia adalah factor yang diwujudkan oleh manusia sendiri yang terdiri daripada bangunan, kilang, jentera dsbnya.

1.3.3        TENAGA BURUH
Tenaga buruh adalah terdiri daripada tenaga buruh yang menyumbang dalam bentuk fizikal (buruh kasar) dan tenaga buruh yang menyumbang dalam bentuk mental (guru)

1.3.4        PENGUSAHA
Ia adalah individu yang berupaya mengabungkan input pengeluaran untuk menghasilkan output yang tertentu berdasarkan kemahiran pengusaha itu sendiri.




1.4              KONSEP ASAS EKONOMI
1.4.1        KEKURANGAN
1.                  Ia merujuk kepada sesebuah ekonomi yang terpaksa menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang kurang daripada jumlah yang diminta oleh masyarakat.
2.                  ini adalah kerana sumber yang ada adalah terhad manakala kehendak manusia adalah tidak terhad.

1.4.2        PILIHAN
1.                  Pilihan berlaku kerana kekurangan sumber untuk memenuhi kesemua kehendak manusia
2.                  oleh itu, masyarakat terpaksa membuat pilihan mengikut keutamaan
3.                  contohnya, terpaksa membuat pilihan untuk bekerja atau belajar kekolej

1.4.3        KOS MELEPAS
1.                  Ia adalah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk memilih pilihan yang dapat memberi kepuasan yang lebih.
2.                  contohnya, sekiranya seseorang memilih untuk belajar kekolej maka dia terpaksa melepaskan peluang untuk bekerja.
3.                   
1.5              MASALAH ASAS EKONOMI
1.5.1        APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada jenis barangan yang hendak dikeluarkan

1.5.2        BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada teknik pengeluaran yang hendak digunakan.

1.5.3        BERAPA BANYAK HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan

1.5.4        UNTUK SIAPA HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada cara barang diagihkan kepada golongan masyarakat.











1.6              KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
1.6.1        DEFINASI KKP
Ia adalah keluk yang menunjukkan tingkat maksimum kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan sumber-sumber yang sedia ada pada tingkat teknologi yang tertentu

1.6.2        ANDAIAN BAGI PEMBENTUKAN KKP
1.                  kuantiti dan kualiti sumber ekonomi adalah tetap
2.                  tingkat teknologi adalah tetap
3.                  ekonomi mencapai gunatenaga penuh
4.                  ekonomi mengeluarkan 2 barang saja

1.6.3        JENIS-JENIS KKP
1.                  KKP Malar
Ia  adalah keadaan yang mengambarkan kos melepas adalah malar (tetap) walaupun pengeluaran bertambah secara terus-menerus














2.                  KKP Cembung
Ia adalah keadaan yang mengambarkan kos melepas adalah semakin meningkat (bermakna semakin banyak barang dikeluarkan maka semakin banyak barang lain yang terpaksa dilepaskan)












1.6.4        RUANG LINGKUP KKP
1.                  Titik yang berada diatas keluk iaitu A,B,C,D,E,F menunjukkan bahawa titik tersebut dapat dicapai. Pada tahap ini, ekonomi menggunakan semua sumber yang ada sepenuhnya dan ini menyebabkan ekonomi berada pada gunatenaga penuh.
2.                  Titik yang berada di dalam keluk iaitu titik X menunjukkan bahawa titik tersebut dapat dicapai tetapi semua sumber yang ada tidak digunakan sepenuhnya.
3.                  Titik yang berada diluar keluk iaitu titik Y menunjukkan bahawa titik tersebut tidak dapat dicapai kerana kekurangan sumber yang ada.

















1.6.5        PERGERAKAN KKP
1.                  Keadaan A - pergerakan keluk ke kanan (atas) menunjukkan bahawa:
i.                    perubahan teknologi berlaku
ii.                  pertumbuhan ekonomi di dalam Negara
iii.                semua sumber yang ada digunakan untuk mengeluarkan kedua-dua barang











2.                  Keadaan B - pergerakan keluk ke kanan (atas) menunjukkan bahawa:
i.                    tiada perubahan teknologi berlaku
ii.                  kemerosotan ekonomi berlaku

















3.                  Keadaan C – pergerakan keluk menunjukkan pertambahan pada barang A saja bermaaksud:
i.                    semua sumber digunakan untuk membuat barang A
ii.                  berlaku pertumbuhan ekonomi untuk barang A
iii.                berlaku perubahan teknologi di dalam pengeluaran barangan A



















4.                  Keadaan D - pergerakan keluk menunjukkan pertambahan pada barang B saja bermaaksud:
i.                    semua sumber digunakan untuk membuat barang B sahaja
ii.                  berlaku pertumbuhan ekonomi untuk barang B
iii.                berlaku perubahan teknologi di dalam pengeluaran barangan B



























1.7              SISTEM EKONOMI
Sila buat nota tambahan mengenai system pasaran yang ada dalam system ekonomi seperti system ekonomi pasaran bebas, system ekonomi perancangan pusat, system ekonomi campuran dan system ekonomi islam.



No comments:

Post a Comment