Thursday, October 28, 2010

nota pengenalan kepada ekonomi (BAB 2)

BAB 2

TEORI PERMINTAAN, TEORI PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

ISIKANDUNGAN

2.1 TEORI PERMINTAAN
2.1.1 DEFINASI
2.1.2 HUKUM PERMINTAAN
2.1.3 KELUK PERMINTAAN
2.1.4 PERMINTAAN INDIVIDU DAN PERMINTAAN PASARAN
2.1.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN
2.1.6 PERALIHAN KELUK PERMINTAAN

2.2 TEORI PENAWARAN
2.2.1 DEFINASI
2.2.2 HUKUM PENAWARAN
2.2.3 KELUK PENAWARAN
2.2.4 PENAWARAN INDIVIDU DAN PENAWARAN PASARAN
2.2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN
2.2.6 PERALIHAN KELUK PENAWARAN

2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
2.3.1 PENDEKATAN JADUAL
2.3.2 PENDEKATAN RAJAH
2.3.3 PENDEKATAN PENGHITUNGAN
2.3.4 PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN




















2.1 TEORI PERMINTAAN
2.1.1 DEFINASI
Permintaan ialah sejumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu dibeli oleh PENGGUNA pada tingkat harga tertentu dalam masa tertentu.

2.1.2 HUKUM PERMINTAAN
Hokum permintaan menyatakan:
i. wujudnya hubungan negative/songsang diantara harga dan kuantit permintaan dengan andaian ceteris paribus (factor-faktor lain adalah tetap)
ii. dimana apabila harga meningkat maka kuantiti permintaan juga akan menurun

2.1.3 KELUK PERMINTAAN
Keluk permintaan juga dapat menerangkan hokum permintaan dimana
i. apabila harga meningkat dari RM10 kpd RM20 maka kuantiti permintaan akan menurun dari 20 unit kepada 10 unit
ii. dan sebaliknya apabila harga menurun dari RM20 kepada RM10 maka kauntiti permintaan akan meningkat dari 10 unit kepada 20 unit















2.1.4 PERMINTAAN INDIVIDU DAN PERMINTAAN PASARAN
i. permintaan individu adalah permintaan individu terhadap barangan dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu
ii. permintaan pasaran adalah permintaan kesemua atau keseluruhan individu (jumlah permintaan individu) pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.


2.1.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN
i. perubahan harga barang tersebut

apabila harga barang tersebut meningkat maka kuantiti permintaan barang tersebut akan menurun dan sebaliknya

ii. perubahan harga barang lain

a. barang penganti (daging lembu dan daging ayam)

apabila harga daging lembu meningkat maka permintaan terhadap daging lembu akan menurun dan ini menyebabkan permintaan untuk daging ayam akan meningkat. Dan sebaliknya.

b. barang penggenap (kamera dan filem)

apabila harga kamera meningkat maka permintaan terhadap kamera akan menurun dan ini menyebabkan permintaan untuk filem juga akan menurun. Dan sebaliknya

c. barang tidak berkaitan (kereta dan kasut)

kenaikan harga salah satu daripada barang tersebut tidak akan mempengaruhi permintaan terhadap barang tersebut.

iii. Citarasa pengguna

Apabila citarasa pengguna terhadap barangan tersebut meningkat maka permintaan terhadap barang tersebut juga akan meningkat. Dan sebaliknya.

iv. Jumlah penduduk

Apabila jumlah penduduk meningkat maka permintaan terhadap barang tersebut juga akan meningkat. Dan sebaliknya

v. Dasar kerajaan (cukai)

Apabila cukai terhadap barangan tersebut meningkat maka permintaan terhadap barang tersebut juga akan menurun. Dan sebaliknya




vi. Pendapatan pengguna

a. barangan biasa (baju, kasut)

Apabila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barangan tersebut juga akan meningkat. Dan sebaliknya

b. barangan bawahan (beras hancur)

Apabila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barangan tersebut akan menurun. Dan sebaliknya

c. barangan mesti (beras, sayur dan ikan)

kenaikan atau penurunan pendapatan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan permintaan barangan ini.

2.1.6 PERALIHAN KELUK PERMINTAAN
Sila buat nota tambahan mengenai peralihan keluk permintaan.



























2.2 TEORI PENAWARAN
2.2.1 DEFINASI
Penawaran ialah sejumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh PENGELUAR pada tingkat harga tertentu dalam masa tertentu.

2.2.2 HUKUM PENAWARAN
Hokum penawaran menyatakan:
i. wujudnya hubungan positif/langsung diantara harga dan kuantit penawaran dengan andaian ceteris paribus (factor-faktor lain adalah tetap)
ii. dimana apabila harga meningkat maka kuantiti penawaran juga akan meningkat

2.2.3 KELUK PENAWARAN
Keluk penawaran juga dapat menerangkan hokum penawaran dimana
i. apabila harga meningkat dari RM10 kpd RM20 maka kuantiti penawaran akan meningkat dari 10 unit kepada 20 unit
ii. dan sebaliknya apabila harga menurun dari RM20 kepada RM10 maka kauntiti penawaran akan menurun dari 20 unit kepada 10 unit














2.2.4 PENAWARAN INDIVIDU DAN PENAWARAN PASARAN
i. penawaran individu adalah penawaran individu terhadap barangan dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu
ii. penawaran pasaran adalah penawaran kesemua atau keseluruhan individu (jumlah penawaran individu) pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.





2.2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN
i. harga barangan tersebut

apabila harga sesuatu barang meningkat maka kuantiti penawaran juga akan meningkat DAN SEBALIKNYA

ii. harga barangan lain

a. barang pengenap (contohnya pen dan ink)

apabila harga pen meningkat, penawaran untuk pen juga akan meningkat dan ini menyebabkan penawaran untuk ink meningkat DAN SEBALIAKNYA

b. barang penganti (contohnya mentega dan margerin)

apabila harga mentega meningkat, penawaran untuk mentega juga akan meningkat dan ini menyebabkan penawaran untuk margerin akan menurun DAN SEBALIKNYA

iii. peningkatan kos pengeluaran

apabila harga factor pengeluaran (contohnya sumber asli, modal, buruh dan usahawan) meningkat, kos pengeluaran juga akan meningkat dan ini menyebabkan penawaran barang tersebut menurun DAN SEBALIKNYA

iv. perubahan tingkat teknologi

apabila teknologi meningkat, maka penawaran juga akan meningkat DAN SEBAlIKNYA

v. daya pengeluaran buruh yang tinggi (kemahiran buruh)

apabila kemahiran buruh meningkat maka penawaran juga akan meningkat DAN SEBALIKNYA

vi. dasar kerajaan (cukai)

apabila cukai kerajaan terhadap barang import meningkat maka penawaran juga akan meningkat DAN SEBALIKNYA

2.2.6 PERALIHAN KELUK PENAWARAN
Sila buat nota tambahan mengenai peralihan keluk penawaran

2.3 KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti yang ditawar adalah bersamaan dengan kuantiti yang diminta (Qs = Qd)

2.3.1 PENDEKATAN JADUAL

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar
4 10 50
3 35 35
2 45 20
1 55 10

Daripada jadual diatas:

a. kuantiti keseimbangan =
b. harga keseimbangan =

2.3.2 PENDEKATAN RAJAH

Berpandukan rajah diatas, lukiskan keluk yang menunjukkan kuantiti keseimbangan dan harga keseimbangan. Titik keseimbangan tersebut hendaklah ditandakan dengan e























2.3.3 PENDEKATAN PENGHITUNGAN

Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 80 – 3P dan persamaan penawaran ialah Qs= 10 + 4P. hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan.

























Latihan
1. Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 90 – 3P dan persamaan penawaran ialah Qs= 20 + 4P. hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan.
2. Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 3P + 50 dan persamaan penawaran ialah Qs= 30 + 5P. hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan.


2.3.4 PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN
Sila buat nota tambahan mengenai peralihan keluk di dalam keseimbangan pasaran

1 comment: