Monday, May 2, 2011

nota keanjalan permintaan (bab 3)

BAB 3

KEANJALAN PERMINTAAN

ISIKANDUNGAN

3.1 PENGENALAN
3.2 KEANJALAN PERMINTAAN HARGA
3.3 KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN
3.4 KEANJALAN PERMINTAAN SILANG
3.5 PENENTU-PENENTU KEANJALAN PERMINTAAN




































KEANJALAN PERMINTAAN

ISIKANDUNGAN

3.1 PENGENALAN

Ia adalah kadar perubahan kuantiti yang diminta akibat perubahan di dalam harga barang itu sendiri, pendapatan pengguna atau harga barang lain

3.2 KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

1. Ia adalah peratus perubahan di dalam kuantiti yang diminta akibat peratus perubahan harga barang itu sendiri.
2. formula keanjalan permintaan harga (Ed) = % perubahan kuantiti diminta
% perubahan harga
= Q2 –Q1 X P1
Q1 P2 – P1
Dimana: Q1 = kuantiti asal
Q2 = kuantiti baru
P1 = harga asal
P2 = harga baru

3. Darjah-darjah keanjalan ialah:

Jenis keanjalan Graf Sifatnya
Anjal -Nilai keanjalan adalah diantara 0 – 0.9999
-Anjal bermakna % perubahan di dalam kuantiti diminta adalah lebih besar daripada % perubahan dalam harga
-Graf mempunyai kecerunan yang lebih landai

Tidak Anjal -Nilai keanjalan adalah negative
-tidak anjal bermakna % perubahan kuantiti diminta adalah lebih kecil daripada % perubahan dalam harga
-graf mempunyai kecerunan yang cerun


Anjal Satu -nilai keanjalan ialah = 1
-anjal satu bermakna % perubahan di dalam kuantiti adalah sama dengan % perubahan dalam harga
-graf berbentuk hiperbola tepat

Anjal Sempurna -nilai keanjalan ialah infiniti
-anjal sempurna bermakna pengguna akan membeli pada kuantiti yang infiniti pada tingkat harga P
-tetapi pengguna tidak akan membeli sekiranya harga lebih daripada tingkat harga P

Tidak Anjal Sempurna -nilai keanjalan ialah 0
-Tidak anjal sempurna bermakna perubahan harga yang berlaku pada sesuatu barang tidak akan mempengaruhi kuantiti yang diminta
-graf berbentuk satu garis tegak selari dengan paksi tegak

3.3 KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN


1. Ia adalah peratus perubahan di dalam kuantiti yang diminta akibat peratus perubahan tingkat pendapatan.
2. formula keanjalan pendapatan (Ed) = % perubahan kuantiti diminta
% perubahan pendapatan
= Q2 –Q1 X Y1
Q1 Y2 – Y1
Dimana: Q1 = kuantiti asal
Q2 = kuantiti baru
P1 = pendapatan asal
P2 = pendapatan baru




3. Jenis keanjalan pendapatan ialah:

Jenis keanjalan Sifatnya
Barangan biasa (cthnya baju, kasut) -Nilai keanjalan mestilah positif
-ia bermakna kuantiti yang diminta akan bertambah apabila pendapatan bertambah

Barangan Bawahan (beras hancur, pakaian terpakaian) -Nilai keanjalan adalah negative
-ia bermakna kuantiti yang diminta akan berkurangan apabila pendapatan pengguna meningkat
Barangan Mesti (cthnya beras, ikan, sayur) -nilai keanjalan ialah = 0
-ia bermakna kuantiti yang diminta tidak dipengaruhi oleh pendapatan

Barangan mewah (cthnya perabot yang bertahtakan emas) -nilai keanjalan ialah lebih daripada 1
-ia bermakna seseorang akan berbelanja besar apabila pendapatan meningkat

3.4 KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

1. Ia adalah peratus perubahan di dalam kuantiti yang diminta akibat peratus perubahan harga barangan lain.
2. formula keanjalan permintaan silang (Ed) = % perubahan kuantiti barangA
% perubahan harga barangB
= QA2 –QA1 X YB1
QA1 YB2 – YB1
Dimana: QA1 = kuantiti asal
QA2 = kuantiti baru
PB1 = pendapatan asal
PB2 = pendapatan baru

3. Jenis keanjalan silang ialah:

Jenis keanjalan Sifatnya
Barangan pengenap (cthnya kereta dan petrol) -Nilai keanjalan mestilah negarif
-ia bermakna permintaan sesuatu barang akan berubah kearah yang bertentangan dengan harga barangan pengenap yang lain

Barangan penganti (cthnya kopi dan teh ) -Nilai keanjalan adalah positif
-ia bermakna permintaan sesuatu barang akan berubah kearah yang sama dengan harga barang pengantinya
Barangan tidak berkaitan (cthnya kasut dan kereta) -nilai keanjalan ialah = 0
-ia bermakna permintaan sesuatu barang tidak berkaitan dengan harga barang lain
3.5 PENENTU-PENENTU KEANJALAN PERMINTAAN

1. Bilangan kegunaan sesuatu barang

Sekiranya kegunaan itu mempunyai banyak kegunaan maka permintaan adalah lebih anjal berbanding dengan barang yang mempunyai terhad kegunaan.
Cthnya bekalan elektrik yang mempunyai banyak kegunaan

2. jangkamasa

permintaan sesuatu barang adalah bersifat kurang anjal dalam jangka pendek kerana barang penganti adalah sukar dicari dalam masa yang singkat

oleh yang demikian, pengguna akan tetap membeli barang tersebut walaupun harga naik sehingga dapat mencari penganti untuk barangan tersebut.

3. keperluan sesuatu barang

permintaan adalah tidak anjal bagi barang mesti kerana pengguna tetap akan membeli dalam kuantiti yang sama walaupun harga meningkat

permintaan adalah anjal bagi barang bukan keperluan kerana apabila harga barang meningkat, pengguna tidak akan membeli barang tersebut

4. tabiat pengguna

sekiranya sesuatu barang itu mempunyai tabiat penggunaan yang tinggi (rokok) maka permintaannya tidak anjal kerana mereka sudah ketagih dan tetap akan membeli walaupun harga barangan tersebut meningkat.

Thursday, October 28, 2010

tugasan pengenalan kepada ekonomi (tugasan 1 - tugasan 2)

TUGASAN 1



MARKAH



Nama :
No. Matriks :

Jawab semua soalan berikut:-

SOALAN 1

Jadual Berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran beras dan gandum dalam ekonomi negara serenti. Andaian mengenai kemungkinan pengeluaran diambil kira.

TUGASAN 1



MARKAH



Nama :
No. Matriks :

Jawab semua soalan berikut:-

SOALAN 1

Jadual Berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran beras dan gandum dalam ekonomi negara serenti. Andaian mengenai kemungkinan pengeluaran diambil kira.

Kombinasi Beras (Tan) Gandum (Tan)
A 0 6
B 18 5
C 33 4
D 45 3
E 54 2
F 60 1
G 63 0
Berdasarkan jadual di atas, jawab soalan-soalan berikut:-

a. Lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran dengan menggunakan data yang diberikan dalam jadual di atas.(4 markah)
b. Bagaimanakah masalah kekurangan boleh diterangkan dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran.(2 markah)
c. Bagaimanakah masalah pengangguran boleh diterangkan dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran(2 markah)
d. Sekiranya kesemua sumber ekonomi digunakan untuk membuat gandum, apakah yang akan terjadi kepada keluk kemungkinan pengeluaran.(2 markah)
e. Sekiranya kesemua sumber ekonomi digunakan untuk membuat Beras, apakah yang akan terjadi kepada keluk kemungkinan pengeluaran.(2 markah)
f. Apakah terjadi kepada keluk kemungkinan pengeluaran sekiranya berlaku perubahan teknologi dan pertumbuhan ekonomi ke atas negara serenti.(2 markah)
g. Nyatakan andaian utama pembentukan keluk kemungkinan pengeluaran.(2 markah)

SOALAN 2

Setiap negara menghadapi masalah asas ekonomi tetapi cara atau kaaaedah yang digunakan untuk menylesaikan masalah tersebut berlainan. Apakah masalah asas ekonomi?(8 markah)

SOALAN 3

Terangkan secara ringkas, 3 teori utama dalam bidang ekonomi.(6 markah)


























TUGASAN 2



MARKAH



Nama :
No. Matriks :

Jawab semua soalan berikut:-


SOALAN 1

Harga/kg(RM) Kuantiti Permintaan
Pembeli 1 Pembeli 2 Pembeli 3 Permintaan Pasaran
5 2 x 3 6
4 x 2 6 12
3 6 3 9 x
2 8 4 12 x
1 10 5 15 x

Berdasarkan jadual diatas, jawab soalan berikut:

a. Isikan tempat kosong yang disediakan di dalam jadual berikut.(5 markah)
b. Lukiskan keluk permintaan pasaran berpandukan jadual diatas.(2 markah)

SOALAN 2
Jadual berikut menunjukkan penawaran individu dan penawaran pasaran untuk durian. Diberi bahawa terdapat 300 orang penjual burger.

Harga (RM) Kuantiti penawaran untuk seorang pembeli Penawaraan pasaran
2.05 150
2.00 110
1.95 75
1.90 45
1.85 20
1.80 0

a. Lengkapkan jadual diatas.(6 markah)
b. Lukiskan Keluk penawaran pasaran.(2 markah)


SOALAN 3
Jadual di bawah ini menunjukkan jadual permintaan dan penawaran bagi pasaran longan.

Harga/kg (RM) Kuantiti permintaan Kuantiti penawaran
30 100 400
25 150 350
20 200 300
15 250 250
10 300 200
5 350 150

Berpandukan jadual diatas, jawab soalan berikut:-

a. Lukiskan keluk permintaan dan penawaran.(4 markah)
b. Nyatakan tahap keseimbangan harga dan kuantiti.(2 markah)


SOALAN 4

Fungsi permintaan dan fungsi penawaran untuk barang masing-masing ialah:

Qd = 115 –10P
Qs = 5 + 10P

a. Hitungkan kuantiti barang yang diminta dan yang ditawarkan pada setiap tingkat harga yang dinyatakan dalam jadual berikut:-

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit)
2.50
3.50
4.50
5.50
6.50
7.50
8.50
9.50
(8 markah)
b. Kirakan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran tersebut dengan menggunakan pendekatan penghitungan.(5 markah)

nota pengenalan kepada ekonomi (BAB 2)

BAB 2

TEORI PERMINTAAN, TEORI PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

ISIKANDUNGAN

2.1 TEORI PERMINTAAN
2.1.1 DEFINASI
2.1.2 HUKUM PERMINTAAN
2.1.3 KELUK PERMINTAAN
2.1.4 PERMINTAAN INDIVIDU DAN PERMINTAAN PASARAN
2.1.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN
2.1.6 PERALIHAN KELUK PERMINTAAN

2.2 TEORI PENAWARAN
2.2.1 DEFINASI
2.2.2 HUKUM PENAWARAN
2.2.3 KELUK PENAWARAN
2.2.4 PENAWARAN INDIVIDU DAN PENAWARAN PASARAN
2.2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN
2.2.6 PERALIHAN KELUK PENAWARAN

2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
2.3.1 PENDEKATAN JADUAL
2.3.2 PENDEKATAN RAJAH
2.3.3 PENDEKATAN PENGHITUNGAN
2.3.4 PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN




















2.1 TEORI PERMINTAAN
2.1.1 DEFINASI
Permintaan ialah sejumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu dibeli oleh PENGGUNA pada tingkat harga tertentu dalam masa tertentu.

2.1.2 HUKUM PERMINTAAN
Hokum permintaan menyatakan:
i. wujudnya hubungan negative/songsang diantara harga dan kuantit permintaan dengan andaian ceteris paribus (factor-faktor lain adalah tetap)
ii. dimana apabila harga meningkat maka kuantiti permintaan juga akan menurun

2.1.3 KELUK PERMINTAAN
Keluk permintaan juga dapat menerangkan hokum permintaan dimana
i. apabila harga meningkat dari RM10 kpd RM20 maka kuantiti permintaan akan menurun dari 20 unit kepada 10 unit
ii. dan sebaliknya apabila harga menurun dari RM20 kepada RM10 maka kauntiti permintaan akan meningkat dari 10 unit kepada 20 unit















2.1.4 PERMINTAAN INDIVIDU DAN PERMINTAAN PASARAN
i. permintaan individu adalah permintaan individu terhadap barangan dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu
ii. permintaan pasaran adalah permintaan kesemua atau keseluruhan individu (jumlah permintaan individu) pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.


2.1.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN
i. perubahan harga barang tersebut

apabila harga barang tersebut meningkat maka kuantiti permintaan barang tersebut akan menurun dan sebaliknya

ii. perubahan harga barang lain

a. barang penganti (daging lembu dan daging ayam)

apabila harga daging lembu meningkat maka permintaan terhadap daging lembu akan menurun dan ini menyebabkan permintaan untuk daging ayam akan meningkat. Dan sebaliknya.

b. barang penggenap (kamera dan filem)

apabila harga kamera meningkat maka permintaan terhadap kamera akan menurun dan ini menyebabkan permintaan untuk filem juga akan menurun. Dan sebaliknya

c. barang tidak berkaitan (kereta dan kasut)

kenaikan harga salah satu daripada barang tersebut tidak akan mempengaruhi permintaan terhadap barang tersebut.

iii. Citarasa pengguna

Apabila citarasa pengguna terhadap barangan tersebut meningkat maka permintaan terhadap barang tersebut juga akan meningkat. Dan sebaliknya.

iv. Jumlah penduduk

Apabila jumlah penduduk meningkat maka permintaan terhadap barang tersebut juga akan meningkat. Dan sebaliknya

v. Dasar kerajaan (cukai)

Apabila cukai terhadap barangan tersebut meningkat maka permintaan terhadap barang tersebut juga akan menurun. Dan sebaliknya




vi. Pendapatan pengguna

a. barangan biasa (baju, kasut)

Apabila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barangan tersebut juga akan meningkat. Dan sebaliknya

b. barangan bawahan (beras hancur)

Apabila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barangan tersebut akan menurun. Dan sebaliknya

c. barangan mesti (beras, sayur dan ikan)

kenaikan atau penurunan pendapatan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan permintaan barangan ini.

2.1.6 PERALIHAN KELUK PERMINTAAN
Sila buat nota tambahan mengenai peralihan keluk permintaan.



























2.2 TEORI PENAWARAN
2.2.1 DEFINASI
Penawaran ialah sejumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh PENGELUAR pada tingkat harga tertentu dalam masa tertentu.

2.2.2 HUKUM PENAWARAN
Hokum penawaran menyatakan:
i. wujudnya hubungan positif/langsung diantara harga dan kuantit penawaran dengan andaian ceteris paribus (factor-faktor lain adalah tetap)
ii. dimana apabila harga meningkat maka kuantiti penawaran juga akan meningkat

2.2.3 KELUK PENAWARAN
Keluk penawaran juga dapat menerangkan hokum penawaran dimana
i. apabila harga meningkat dari RM10 kpd RM20 maka kuantiti penawaran akan meningkat dari 10 unit kepada 20 unit
ii. dan sebaliknya apabila harga menurun dari RM20 kepada RM10 maka kauntiti penawaran akan menurun dari 20 unit kepada 10 unit














2.2.4 PENAWARAN INDIVIDU DAN PENAWARAN PASARAN
i. penawaran individu adalah penawaran individu terhadap barangan dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu
ii. penawaran pasaran adalah penawaran kesemua atau keseluruhan individu (jumlah penawaran individu) pada tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.





2.2.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN
i. harga barangan tersebut

apabila harga sesuatu barang meningkat maka kuantiti penawaran juga akan meningkat DAN SEBALIKNYA

ii. harga barangan lain

a. barang pengenap (contohnya pen dan ink)

apabila harga pen meningkat, penawaran untuk pen juga akan meningkat dan ini menyebabkan penawaran untuk ink meningkat DAN SEBALIAKNYA

b. barang penganti (contohnya mentega dan margerin)

apabila harga mentega meningkat, penawaran untuk mentega juga akan meningkat dan ini menyebabkan penawaran untuk margerin akan menurun DAN SEBALIKNYA

iii. peningkatan kos pengeluaran

apabila harga factor pengeluaran (contohnya sumber asli, modal, buruh dan usahawan) meningkat, kos pengeluaran juga akan meningkat dan ini menyebabkan penawaran barang tersebut menurun DAN SEBALIKNYA

iv. perubahan tingkat teknologi

apabila teknologi meningkat, maka penawaran juga akan meningkat DAN SEBAlIKNYA

v. daya pengeluaran buruh yang tinggi (kemahiran buruh)

apabila kemahiran buruh meningkat maka penawaran juga akan meningkat DAN SEBALIKNYA

vi. dasar kerajaan (cukai)

apabila cukai kerajaan terhadap barang import meningkat maka penawaran juga akan meningkat DAN SEBALIKNYA

2.2.6 PERALIHAN KELUK PENAWARAN
Sila buat nota tambahan mengenai peralihan keluk penawaran

2.3 KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti yang ditawar adalah bersamaan dengan kuantiti yang diminta (Qs = Qd)

2.3.1 PENDEKATAN JADUAL

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar
4 10 50
3 35 35
2 45 20
1 55 10

Daripada jadual diatas:

a. kuantiti keseimbangan =
b. harga keseimbangan =

2.3.2 PENDEKATAN RAJAH

Berpandukan rajah diatas, lukiskan keluk yang menunjukkan kuantiti keseimbangan dan harga keseimbangan. Titik keseimbangan tersebut hendaklah ditandakan dengan e























2.3.3 PENDEKATAN PENGHITUNGAN

Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 80 – 3P dan persamaan penawaran ialah Qs= 10 + 4P. hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan.

























Latihan
1. Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 90 – 3P dan persamaan penawaran ialah Qs= 20 + 4P. hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan.
2. Diberi persamaan permintaan ialah Qd = 3P + 50 dan persamaan penawaran ialah Qs= 30 + 5P. hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan.


2.3.4 PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN
Sila buat nota tambahan mengenai peralihan keluk di dalam keseimbangan pasaran

nota pengenalan kepada ekonomi (BAB 1)


BAB 1

PENGENALAN

ISIKANDUNGAN
           
1.1              PENGENALAN
1.2              BIDANG EKONOMI
1.2.1        MIKROEKONOMI
1.2.2        MAKROEKONOMI
1.3              ISTILAH FAKTOR PENGELUARAN
1.3.1        SUMBER ASLI
1.3.2        MODAL
1.3.3        TENAGA BURUH
1.3.4        PENGUSAHA
1.4              KONSEP ASAS EKONOMI
1.4.1        KEKURANGAN
1.4.2        PILIHAN
1.4.3        KOS MELEPAS
1.5              MASALAH ASAS EKONOMI
1.5.1        APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
1.5.2        BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
1.5.3        BERAPA BANYAK HENDAK DIKELUARKAN
1.5.4        UNTUK SIAPA HENDAK DIKELUARKAN
1.6              KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
1.6.1        DEFINASI KKP
1.6.2        ANDAIAN BAGI PEMBENTUKAN KKP
1.6.3        JENIS-JENIS KKP
1.6.4        RUANG LINGKUP KKP
1.6.5        PERGERAKAN KKP
1.7              SISTEM EKONOMI
1.7.1        SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
1.7.2        SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
1.7.3        SISTEM EKONOMI CAMPURAN
1.7.4        SISTEM EKONOMI ISLAM











1.1              PENGENALAN
1.                  Ilmu ekonomi adalah satu bidang sains social yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat membuat pilihan yang paling cekap dalam menggunakan factor-faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keperluan maksimum masyarakat secara keseluruhannya.
2.                  oleh yang demikian, masalah yang sering berlaku di dalam ekonomi ialah
i.                    kehendak manusia adalah tidak terhad
ii.                  factor pengeluaran adalah terhad

1.2              BIDANG EKONOMI
1.2.1        MIKROEKONOMI
1.                  Ia adalah bidang kajian yang mengkaji kelakuan individu, isirumah dan firma secara tersendiri tentang apa barang yang hendak dikeluarkan, berapa banyak dan bagaimana hendak dikeluarkan
2.                  terdapat 3 teori dalam ekonomi iaitu teori harga, teori pengeluaran dan teori agihan.

1.2.2        MAKROEKONOMI
1.                  Ia adalah bidang kajian ysng menerangkan kegiatan ekonomi secara keseluruhan seperti mengkaji factor-faktor ekonomi yang menentukan tingkat pendapatan, penggunaan, tabungan, pelaburan dan gunatenaga sesebuah Negara.

1.3              ISTILAH FAKTOR PENGELUARAN
1.3.1        SUMBER ASLI
Sumber asli terbahagi kepada 2 iaitu didarat (seperti tanah, hutan, balak dsbnya) dan dilaut (seperti ikan, minyak, galian)

1.3.2        MODAL
Ia adalah factor yang diwujudkan oleh manusia sendiri yang terdiri daripada bangunan, kilang, jentera dsbnya.

1.3.3        TENAGA BURUH
Tenaga buruh adalah terdiri daripada tenaga buruh yang menyumbang dalam bentuk fizikal (buruh kasar) dan tenaga buruh yang menyumbang dalam bentuk mental (guru)

1.3.4        PENGUSAHA
Ia adalah individu yang berupaya mengabungkan input pengeluaran untuk menghasilkan output yang tertentu berdasarkan kemahiran pengusaha itu sendiri.




1.4              KONSEP ASAS EKONOMI
1.4.1        KEKURANGAN
1.                  Ia merujuk kepada sesebuah ekonomi yang terpaksa menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang kurang daripada jumlah yang diminta oleh masyarakat.
2.                  ini adalah kerana sumber yang ada adalah terhad manakala kehendak manusia adalah tidak terhad.

1.4.2        PILIHAN
1.                  Pilihan berlaku kerana kekurangan sumber untuk memenuhi kesemua kehendak manusia
2.                  oleh itu, masyarakat terpaksa membuat pilihan mengikut keutamaan
3.                  contohnya, terpaksa membuat pilihan untuk bekerja atau belajar kekolej

1.4.3        KOS MELEPAS
1.                  Ia adalah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk memilih pilihan yang dapat memberi kepuasan yang lebih.
2.                  contohnya, sekiranya seseorang memilih untuk belajar kekolej maka dia terpaksa melepaskan peluang untuk bekerja.
3.                   
1.5              MASALAH ASAS EKONOMI
1.5.1        APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada jenis barangan yang hendak dikeluarkan

1.5.2        BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada teknik pengeluaran yang hendak digunakan.

1.5.3        BERAPA BANYAK HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan

1.5.4        UNTUK SIAPA HENDAK DIKELUARKAN
Masalah ini merujuk kepada cara barang diagihkan kepada golongan masyarakat.











1.6              KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
1.6.1        DEFINASI KKP
Ia adalah keluk yang menunjukkan tingkat maksimum kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan sumber-sumber yang sedia ada pada tingkat teknologi yang tertentu

1.6.2        ANDAIAN BAGI PEMBENTUKAN KKP
1.                  kuantiti dan kualiti sumber ekonomi adalah tetap
2.                  tingkat teknologi adalah tetap
3.                  ekonomi mencapai gunatenaga penuh
4.                  ekonomi mengeluarkan 2 barang saja

1.6.3        JENIS-JENIS KKP
1.                  KKP Malar
Ia  adalah keadaan yang mengambarkan kos melepas adalah malar (tetap) walaupun pengeluaran bertambah secara terus-menerus














2.                  KKP Cembung
Ia adalah keadaan yang mengambarkan kos melepas adalah semakin meningkat (bermakna semakin banyak barang dikeluarkan maka semakin banyak barang lain yang terpaksa dilepaskan)












1.6.4        RUANG LINGKUP KKP
1.                  Titik yang berada diatas keluk iaitu A,B,C,D,E,F menunjukkan bahawa titik tersebut dapat dicapai. Pada tahap ini, ekonomi menggunakan semua sumber yang ada sepenuhnya dan ini menyebabkan ekonomi berada pada gunatenaga penuh.
2.                  Titik yang berada di dalam keluk iaitu titik X menunjukkan bahawa titik tersebut dapat dicapai tetapi semua sumber yang ada tidak digunakan sepenuhnya.
3.                  Titik yang berada diluar keluk iaitu titik Y menunjukkan bahawa titik tersebut tidak dapat dicapai kerana kekurangan sumber yang ada.

















1.6.5        PERGERAKAN KKP
1.                  Keadaan A - pergerakan keluk ke kanan (atas) menunjukkan bahawa:
i.                    perubahan teknologi berlaku
ii.                  pertumbuhan ekonomi di dalam Negara
iii.                semua sumber yang ada digunakan untuk mengeluarkan kedua-dua barang











2.                  Keadaan B - pergerakan keluk ke kanan (atas) menunjukkan bahawa:
i.                    tiada perubahan teknologi berlaku
ii.                  kemerosotan ekonomi berlaku

















3.                  Keadaan C – pergerakan keluk menunjukkan pertambahan pada barang A saja bermaaksud:
i.                    semua sumber digunakan untuk membuat barang A
ii.                  berlaku pertumbuhan ekonomi untuk barang A
iii.                berlaku perubahan teknologi di dalam pengeluaran barangan A



















4.                  Keadaan D - pergerakan keluk menunjukkan pertambahan pada barang B saja bermaaksud:
i.                    semua sumber digunakan untuk membuat barang B sahaja
ii.                  berlaku pertumbuhan ekonomi untuk barang B
iii.                berlaku perubahan teknologi di dalam pengeluaran barangan B



























1.7              SISTEM EKONOMI
Sila buat nota tambahan mengenai system pasaran yang ada dalam system ekonomi seperti system ekonomi pasaran bebas, system ekonomi perancangan pusat, system ekonomi campuran dan system ekonomi islam.